Aug 14, 2010

go go Ary Ginajar !


Putrajaya - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kursus ESQ 165 tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh diteruskan dalam usaha membentuk modal insan demi pembangunan negara.


Beliau yang turut menghadiri kursus selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antabangsa Putrajaya (PICC) berkata, beliau mendapati tidak terdapat sebarang elemen yang diajarkan sepanjang kursus tersebut bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya berada di sini dan mengikuti setiap sesi. Saya mendapati apa yang diajarkan kepada peserta adalah sesuatu yang amat berfaedah untuk melahirkan insan yang dapat memberikan manfaat ke arah pembangunan negara. Saya akan berusaha menghadiri kursus ESQ di masa hadapan bagi mengikuti perkembangan dan isi yang disampaikan dari semasa ke semasa. Sekiranya ada mana-mana modul yang bercanggah dengan ajaran atau nilai budaya kita, saya tidak akan ragu-ragu untuk menegur ESQ," katanya kepada lebih 1000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk persenderian.

The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.

Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, 6 (prinsip moral) berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 (langkah) berdasarkan 5 Rukun Islam.

Sementara itu, Director Jeneral Department Agama Republik Indonesia, Professor Dr. Nasaruddin yang turut hadir berkata, ESQ yang dijalankan di seluruh dunia adalah unsur bina insan yang meletakkan niali murni keagamaan dan usaha pembentukan ummah di seluruh dunia.

"Apa yang saya ikuti sekian lama ESQ adalah diajar dengan menerapkan dan mengambil nilai-nilai murni Islam. Oleh itu ia wajar disokong. Bagi saya adalah satu dosa sekiranya kita menghalang sesuatu yang baik untuk kepentingan ummah," katanya.

Beliau yakin dengan tersebarnya idea-idea ESQ di Malaysia dan kini memiliki lebih 30,000 alumni akan mewujudkan tenaga kerja yang cemerlang bukan sahaja untuk pembangunan negara tetapi kesejahteraan keseluruhannya.

Sumber 
: Sinar Harian 8 Jun 2009



( ops, saya bukan apepun. saya fanatik ke katak bawah tempurung ke, BUKAN. cume jikalau program ini berkesan utk diri kita dalam mentadabbur lagi susurgalur Islam, ape salahnye diteruskan. "kita lihat pada penyampaian seseorang [bermanfaat ke x] bukan personaliti seseorang [ahlul ibadah ke ahlul ilm] )


wallahua'lam